Kelas e-Learning (Kahoot)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas e-Learning (Kahoot) ini telah diadakan pada hari Ahad, 20 Januari 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada pembelajaran secara atas talian ataupun e-Learning. Mereka dididik tentang apa itu e-Learning serta kebaikannya. Melalui e-Learning, mereka boleh mengakses maklumat dan mengulangkaji pelajaran yang mereka perlu dan mengikut minat masing-masing secara percuma.

Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada laman web www.kahoot.com. Kahoot! menjadikannya mudah untuk mencipta, berkongsi dan bermain permainan pembelajaran yang menyeronokkan atau trivia kuiz dalam beberapa minit secara atas talian. Para peserta juga diberi peluang untuk mencuba menjawab soalan kuiz yang terdapat dalam laman web tersebut.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 1 jam bermula dari 3.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali